BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 18 November 2009

Secebis Rasa Pembuka Cerita

Assalammualaikum..

Perasaan syukur tak terhingga kerana berpeluang untuk mewujudkan satu Blog sendiri. Diharap dengan adanya
blog ini, dapat diri ini meluahkan dan berkongsi pengalaman dengan individu lain.

Semoga kita memperolehi manfaat dengan apa yang kita ada.

Bak kata Saujana Islam Al-Ghazali ;
" Tak binasa seseorang itu apabila ia berilmu, tak binasa seseorang itu pula
apabila ilmu itu diamalkan dan tak akan binasa seseorang itu apabila ilmu yang
diamalkan itu dimanfaatkan..Dan tak akan binasa seseorang itu apabila ilmu
dimanfaatkan itu dengan hati yang ikhlas...".

Selasa, 17 November 2009

Karya Komik yang tak pernah disiarkan.hehe


Lukisan komik ini merupakan hasil nukilan saya semasa berada
di Tahun 2 semasa di UMS. Karya ini asalnya dibuat semasa saya ingin memasuki pertandingan melukis komik anjuran majalah GEMPAK tetapi tak dapat saya siapkan atas sebab yang sukar saya nyatakan di sini. Dahulu teringin menjadi pelukis komik, tetapi tak kesampaian. Sekarang, melukis hanya menjadi hobi sahaja. Analogi komik ini bukanlah sekadar genre 'action' atau suka-suka tetapi mempunyai satu maksud tersirat di mana ia merupakan satu perjuangan dan pertarungan di antara nafsu dan akal. Jihad yang paling besar bagi semua umat manusia. Sayangnya ia tak dapat di siapkan..

Isnin, 16 November 2009

Khidmat Kaunseling
Oleh Norliza Abdullah
lizz@bharian.com.my

Persidangan cadang wujud jawatan kaunselor, kakitangan kerja sosial

PERKHIDMATAN kaunseling di sekolah perlu diperkasakan bukan saja dengan menyediakan kaunselor, malah mewujudkan jawatan tambahan, termasuk ahli psikologi dan kakitangan kerja sosial pendidikan. Cadangan itu antara 16 perkara dalam resolusi Persidangan Kaunseling Kebangsaan 2009 disertai 320 wakil pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Dr Mohamad Nasir Bistaman, berkata penambahan itu mengambil kira nisbah satu sekolah satu kaunselor dan kakitangan kerja sosial pendidikan pula, seorang untuk 1,000 pelajar. Beliau berkata, langkah mewujudkan jawatan tambahan itu penting kerana ia dapat melancarkan proses membimbing pelajar bermasalah dan penyelesaiannya tidak hanya bergantung kepada kaunselor. “Walaupun golongan pelajar bermasalah sedikit dengan anggaran kurang 10 peratus, usaha memperkemaskan perkhidmatan berkaitan perlu ditingkatkan.

“Masalah pelajar semakin kompleks dengan sektor luaran mempengaruhi mereka hingga menjejaskan tumpuan belajar dan menimbulkan masalah disiplin. “Cadangan ini sejajar dengan tuntutan semasa dalam meningkatkan perkhidmatan berkenaan,” katanya ketika membentangkan resolusi berkenaan. Resolusi itu diserahkan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Aminah Ayob kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Mohamad Nasir berkata, peserta persidangan itu juga mencadangkan semua kaunselor diberi latihan supaya lebih kreatif dan inovatif sekali gus dapat memberi perkhidmatan lebih menarik dan berkesan.

Cadangan lain, katanya, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mewujudkan pusat memberi tumpuan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tanpa bergabung bahagian kemasukan dan hal ehwal pelajar seperti sekarang. “Langkah ini penting kerana di IPT banyak masalah pelajar perlu dirujuk dari semasa ke semasa dan dikendalikan secara profesional,” katanya. Beliau berkata, persidangan itu juga meminta semua agensi bertanggungjawab menyediakan pelan latihan bagi meningkatkan prestasi kaunselor antara lain memperkasakan pengetahuan. Selain itu, diwujudkan juga perkhidmatan kaunseling genetik, kaunseling kesihatan mental, kaunseling kanak-kanak, kaunseling orang tua, kaunseling populasi khas dan kaunseling krisis di semua hospital. (Petikan Akhbar Berita Harian )

Sekadar Ulasan ; Sememangnya kaunselor perlu ikhlas dengan pekerjaan mereka. Tahu peranan dan tanggungjawab mereka sebagai kaunselor walau di mana setting mereka di tempatkan. Berfikir di luar lingkup pemikiran orang lain (kreatif dan Inovatif) dan bertindak segera dengan apa juga situasi. Persoalannya di sini ialah bagaimana seorang kaunselor untuk mempunyai keperibadian seperti itu?? Tepuk dada, fikirlah sendiri..Sebarang ulasan dari rakan lain amat di alu-alukan. Terima kasih.

Ahad, 15 November 2009

Asertif pada diri anda


ASERTIF DIRI

Pengenalan

- Dalam kehidupan seharian kita, memang tidak terelak untuk kita menghadapi keadaan di mana sukar untuk memilih diantara kehendak kendiri atau kehendak orang di persekitaran kita. Sukar untuk kita menyatakan ‘Tidak mahu’ atau sesuatu yang selari dengan kehendak kita dan emosi sendiri.

- Terdapat 3 corak tingkahlaku interpersonal yang wujud dalam pergaulan manusia.

1. Pasif

2. Agresif

3. Asertif

1. PASIF

Ciri-ciri orang yang pasif

1. Rasa rendah diri - Tekanan emosi

2. Menerima sahaja - Kekecewaan

3. Tidak menegakkan hak - Kemarahan

4. Sering dibuli


2. AGRESIF

Ciri – ciri orang yang Agresif

1. Tidak menghiraukan hak orang lain

2. Mengancam orang lain

3. Memanipulasi orang lain

- Stress

- Dibenci orang lain

- Hubungan dengan orang lain renggang.


3. ASERTIF

- Seseorang yang mampu dan tegas menyatakan hak peribadi dan pendapat, perasaan dan kepercayaan secara terus, jujur dan sesuai tanpa mengancam hak orang lain.

- 4 KRITERIA UTAMA ASERTIF

1. Bertegas untuk hak peribadi

2. Menyatakan perasaan secara telus, terus dan jujur.

3. Menghormati hak dan perasaan orang lain.

4. Menyatakan TIDAK bila anda tidak mahu melakukan sesuatu.